Friday, August 30, 2013

Fida Ibrahim Pakai Baju Ketat Untuk Promosi Produk!?


Jika beberapa hari lepas Shila Amzah dikritik peminat gara-gara berkongsi sebuah foto yang menunjukkan dia sedang berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Terbaru, seorang lagi artis wanita turut terkena tempias yang sama.

Fida Ibrahim

Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.

Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.

Fida Ibrahim

Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.


Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.

Pelantun "Apo Kono Eh Jang?" ini tidak melatah atau menyalahkan peminatnya, sebaliknya menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

"Masa saya muat naik di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu. Lagi pun saya duta produk kelangsingan, dan saya nak promosi produk itu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan," ujarnya kepada Malaysian Digest.

Tambah Fida, 27, lagi, perkara tersebut telah memberinya pengajaran untuk lebih berhati-hati memuat naik gambar-gambar di laman sosialnya pada masa akan datang.


Buat Fida, para wanita dan sebagai peringatan kepada kita semua;

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Fikir-fikirkanlah..

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon