Sunday, August 04, 2013

BBC Siar Gambar Putera William Dengan Lakaran Kemaluan Pada Wajah!


Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) memohon maaf kelmarin kerana secara tidak sengaja menyiarkan gambar yang menghina Putera William.


Beliau merupakan pewaris kedua takhta diraja Britain.

Paparan itu menunjukkan gambar kemaluan lelaki dilukis pada kepala putera berkenaan.

Kesilapan berlaku ketika penerbit rancangan bicara pagi BBC menyiarkan klip video promosi kumpulan komedi tempatan, Barbershopera.

Gambar memalukan itu disiarkan selama beberapa saat dengan wajah William turut diconteng dengan dakwat hitam.

Penyunting BBC dikatakan terlepas pandang kesilapan itu tetapi ia disedari oleh sebahagian penonton program pagi tersebut.

“Ya, ada kemaluan lelaki di kepala Putera William. Ini keterlaluan,” kata seorang penonton di laman Twitternya.

Mengulas isu tersebut, seorang jurucakap BBC kemudian memberitahu, iklan itu disediakan oleh Barbershopera dan bukan badan penyiaran berkenaan. -AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon