Monday, July 22, 2013

Nafsu Membuak Punca Abby Abadi Kahwin Lari?


Umum sudah amat maklum bahawa kebiasaannya pasangan yang bernikah di Thailand merupakan mereka yang kahwin lari. Samada mereka ini kahwin lari kerana tidak mendapat restu keluarga atau pun restu dari isteri pertama atau pun mengalami masalah yang menyalahi perundangan.


Akhirnya Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, mengaku dakwaan pernikahannya itu dilakukan di Thailand.

Kata Abby Abadi, "Ya saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit".

“Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa.

“Kalau kita nak sibuk manusia punya pandangan apa yang patut kita buat untuk puaskan hati semua pihak memang payah, jadi kita dulukan Allah SWT tak ada masalah langsung untuk saya selesaikan,” katanya.

Adakah Abby berada dalam keadaan yang cukup terdesak untuk membendung nafsunya sehingga memaksa beliau untuk membawa tunangan orang lari bernikah di Thailand?

Jelas Abby Abadi sekali lagi telah cuba membawa budaya yang menjatuhkan maruah wanita dan umat Islam. Nampak gayanya PAS telah mentarbiahkan Abby untuk menjadi anak dan wanita Islam yang membelakangkan nilai-nilai kekeluargaan dan maruah bangsa Melayu.

PAS retorik dalam memperjuangkan kononnya agama Islam. Mereka kononnya menekankan pemakaian tudung untuk menjaga maruah wanita Islam namun pada masa yang sama mereka menggalakkan muslimah PAS untuk menjadi hamba seks mereka dengan membelakangkan keluarga dalam melangsungkan perkahwinan yang sepatutnya mulia di sisi Islam.

PAS juga pernah mengukir sejarah hapak apabila Dr Rosli Alani Abdul Kader yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan membawa lari illyani berkahwin secara sindiket kerana tidak mendapat kebenaran dari isteri pertama beliau. Maka Illyani yang bertudung litup ala-ala muslimah solehah telah bertindak membelakangkan ibubapa menjadi anak derhaka semata-mata cinta terlarang pemimpin atasan PAS.

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah mengeluarkan perintah agar mereka tidak tinggal bersama dengan isteri kedua yang dinikahkan di Masjid Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur.

Bapa Illyani iaitu Mohd Noor begitu beria-ia mempersoalkan pernikahan tersebut dan menuntut haknya sebagai wali. Rosli terlibat dengan’kahwin lari’ dan tidak mendapat restu dari bapa isteri keduanya. Ini nikah pun tidak berwali dan tidak sah nikah itu jika isteri keduanya masih anak dara jika tanpa izin wali. Janda lain, boleh guna wali hakim. Anak dara tidak boleh dan tidak sah nikah tanpa persetujuan bapa sebagai wali. Ini hakikat benar dan main-main dengan hukum.

Mengapa Abby perlu lari bernikah di Thailand sedangkan beliau seorang janda yang tidak memerlukan wali. Perkahwinan tanpa restu ini, biasanya tuan tubuh akan diberitahu soal nikah sendiket di mana-mana sahaja di Malaysia dan juga di Selatan Thailand.

“Kalau kita nak sibuk manusia punya pandangan apa yang patut kita buat untuk puaskan hati semua pihak memang payah, jadi kita dulukan Allah SWT tak ada masalah langsung untuk saya selesaikan,” katanya.

Hakikat bahawa kita hidup bermasyarakat dan Abby juga merupakan penceramah PAS tidak membolehkan kita membelakangkan pandangan orang disekeliling kita.

“Saya hanya mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya.

Mampukah kita mengecapi kebahagian tanpa restu keluarga. Abby lebih banyak membawa pengaruh buruk dalam masyarakat. Beliau tidak mampu menjadi seorang muslimah yang baik.

[Sumber]

3 comments

  1. ok la tu dia kawen dr buat maksiat..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah Abby dh kahwin dan bukan buat perkara tak elok..fikirlah perkara yg baik ttg org lain sb kita tak tau bila kita nk mati dan dosa kita dgn manusia, kita perlu minta maaf dgn org yg kita buat salah..kita semua hamba Allah swt dan drp Allah swt kita datang dan kepada Allah swt kita dikembalikan, kahwin dpt pahala..rezeki bahagia itu hak Allah swt..rezeki kita pun Allah swt yg bagi

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah Abby dh kahwin dan bukan buat perkara tak elok..fikirlah perkara yg baik ttg org lain sb kita tak tau bila kita nk mati dan dosa kita dgn manusia, kita perlu minta maaf dgn org yg kita buat salah..kita semua hamba Allah swt dan drp Allah swt kita datang dan kepada Allah swt kita dikembalikan, kahwin dpt pahala..rezeki bahagia itu hak Allah swt..rezeki kita pun Allah swt yg bagi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon