Friday, June 14, 2013

Majlis Perkahwinan Paling Teruk Di Dunia


Pakar kesihatan terkenal di Hollywood, Rainbeau Mars yang terkenal dengan dvd yoganya itu boleh dianggap sebagai bakal pengantin paling teruk.


Apa tidaknya, semua tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinannya yang akan diadakan di Kauai, Hawaii pada bulan depan, diminta melakukan pembersihan dalaman selama tiga minggu.

Dia yang akan berkahwin dengan Michael Karlin itu, telah meminta tetamunya melakukan diet dengan hanya memakan sayur segar selama 21 hari dengan menunya ditetapkan oleh Mars sendiri.

Menurut Mars, melalui diet ketat itu, ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan selain mencegah penyakit, mengurangkan tekanan dan mencantikkan rambut.

Malah pada majlis perkahwinan itu juga, tetamunya akan disediakan aktiviti unik termasuk menunggung kuda, kelas pernafasan dan yoga.

Antara jemputan yang dijemput ialah selebriti Melissa dan Joan Rivers serta Josie Maran.

Dalam pada itu, ramai tetamu jemputannya yang terkejut dengan tindakan Mars yang menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Namun Mars mempertahankan tindakannya itu dan menuduh orang ramai mempunyai persepsi salah terhadap perkahwinannya.

Jelasnya, sebagai pakar kesihatan, orang ramai sepatutnya mencuba gaya hidup sihat itu dan berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada mereka.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon