Wednesday, May 15, 2013

Kasihan Afiq Muiz Di Fitnah Ibu Sendiri


Enggan membuka pekung keluarga membuatkan aktor, Afiq Muiz, 21, lebih rela memendam rasa.


Namun, semalam, ketika tersebar cerita kononnya Afiq anak derhaka seperti yang didakwa ibunya, Hasliza Mohamad, 48, jejaka ini tampil mendedahkan kemelut dalaman keluarga termasuk hubungan dengan ibu.
Dakwa Afiq, sejak mula berlakon, hampir semua pendapatannya diserahkan kepada ibu setiap bulan.

Namun, sebagai anak, Afiq bingung segala perhatian yang diberi termasuk wang ringgit seakan tidak mencukupi.

“Ya, selama ini saya berdiam sebab malu jika orang tahu ibu saya seperti tamakkan duit. Setiap kali saya habis shooting, bukan khabar ditanya, sebaliknya ada duit atau tidak. Banyak manalah (pendapatan) yang saya dapat. Namun, saya bagi sebab tak mahu dicaci atau dicop tak mengenang budi.

Simpan bukti

“Ibu menuduh saya bagai derhaka dan menyumpah seranah, tapi kenapa ibu tidak cerita apabila pulang ke rumah, hanya kata-kata kesat dihamburkan. Saya marah adik-adik yang kurang ajar dengan memanggil saya bodoh, dikata pula baran.

“Saya ikut apa saja perintahnya. Tidak tinggal sebumbung pun jadi isu. Bukan saya tidak sayang, saya fikir daripada asyik bergaduh, baik saya tinggal di luar. Saya tetap menghubunginya dan singgah ke rumah. Namun, kenapa layan saya seperti sampah?” katanya meluahkan perasaan terpendam.

Afiq mendakwa, dia menyimpan banyak bukti termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan desakan memberi wang, selain pernah dipukul saudara sendiri berpunca masalah sama.

Luahan penuh emosi itu dilakukan Afiq atau nama sebenarnya, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah selepas Hasliza mendakwa anaknya durhaka dalam sebuah portal hiburan. Hasliza juga mendakwa Afiq berubah sikap sejak rapat dengan seorang artis wanita.

Prasangka umi jejas hubungan

Afiq yakin gadis dimaksudkan ibunya adalah Iena Azman, 18, rakannya yang paling akrab sejak empat tahun lalu. Menurut Afiq, Iena banyak membantunya ketika susah.

Tambahnya Afiq, dia malu bukan saja kepada masyarakat malah Iena dan keluarganya apabila terheret sama dalam konflik itu.

“Sebenarnya, bukan Iena saja. Mana-mana gadis yang rapat dengan saya pasti menjadi mangsa umi yang akan menghubungi mereka tanpa usul periksa. Macam sebelum berkawan dengan Iena, saya punya kekasih, tetapi hubungan saya tidak kekal disebabkan prasangka umi.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon