Tuesday, May 14, 2013

Gempar! Payudara Angelina Jolie Terpaksa Di Buang Kerana Kanser


Gempar hari ini apabila dilaporkan bahawa Angelina Jolie bakal kehilangan payu daranya kerana menghidap kanser.

Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie hari ini mendedahkan beliau telah selesai menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya pada April lalu.


Pendedahan itu dibuatnya dalam akhbar New York Times.

Jolie berkata, tindakan itu diambil selepas mengetahui dirinya mewarisi mutasi genetik BRCA1 yang berisiko menyebabkan kanser payudara dan ovari.

“Sebaik sahaja saya menyedari akan hal ini, saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan mastektomi,” ujarnya.

Katanya, sepanjang prosedur pembedahan tiga bulan itu beliau mendapat sokongan penuh daripada kekasihnya, Brad Pitt.

-Reuters

Apa itu pembedahan Mastektomi?

Mastektomi adalah pembuangan payudara secara pembedahan sementara pembedahan pemugaran aksil melibatkan pembuangan nodus limfa dalam bahagian ketiak berdekatan dengan payudara. Sebagai rawatan yang lazim, biasanya pembedahan mastektomi dan pemugaran aksil dijalankan pada masa yang sama.

Ada beberapa jenis mastektomi. Ianya termasuk:

Mastektomi ringkas


Tatacara ini membuang keseluruhan payudara serta meninggalkan nodus aksil limfa sepertimana asal.

Mastektomi radikal


Tatacara ini membuang payudara, nodus aksil, dan sesetengah otot dinding dada.
Pembedahan ini hanya dijalankan apabila barah tersebut telah menyerang otot dinding dada. Kebanyakan pesakit mastektomi boleh menjalani rekonstruksi payudara sama ada pada masa pembedahan atau sebagai pembedahan berasingan beberapa bulan kemudian.

Mastektomi radikal yang diubahsuai


Tatacara ini membuang payudara dan sesetengah nodus limfa aksil di bawah lengan. Oleh kerana otot dada dibiarkan seperti sediakala, garis bentuk dinding dada dan kekuatan lengan tidak terjejas dan masa pemulihan adalah lebih singkat. Ianya adalah bentuk mastektomi yang biasa dan terdiri daripada satu mastektomi ringkas dengan satu pemugaran nodus aksil.

Info lengkap baca di sini..

-SP

1 comment

  1. Boleh lawati www.primaseries.blogspot.com utk rawatan alternatif bagi penyakit kanser terutamanya kanser payudara(MCF7).

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon