Sunday, May 12, 2013

Cara Paling Pelik Untuk Berhenti Merokok


Seorang wanita, Etta Lopez, 31, mempunyai cara tersendiri untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan masuk penjara.


Bagi tujuan itu, Etta terpaksa menampar muka timbalan ketua polis daerah Sacramento, Matt Campoy.

Ketika kejadian, Matt baru menghabiskan tugasnya namun tanpa disangkanya tangan Etta telah naik ke mukanya.

“Ia bukannya satu provokasi. Dia bukan sahaja menampar muka saya malah memijak kaki saya.

“Wanita itu memberitahu saya dia berbuat demikian kerana dia perlu berhenti merokok,’’ kata Matt.

Menurut laporan balai polis itu, sebelum kejadian, Etta telah duduk di hadapan lokap selama beberapa jam sebelum menampar Matt.

Etta kini ditahan di penjara Sacramento atas tuduhan melakukan serangan.

Banduan Guna Sudu Untuk Lari Dari Penjara

Sementara itu, hanya dengan sebatang sudu, seorang banduan berjaya melepaskan diri daripada sebuah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di Rusia.


Oleg Topalov, 33, melarikan diri dari penjara Matrosskaya Tishina, dengan mengorek lubang di siling menggunakan sudu sebelum membuka penutup lubang udara dan memanjat ke bahagian bumbung.

Dia kemudiannya turun dari bumbung dengan menggunakan cadar dan terjun di atas pagar, sebelum melepaskan diri.

Topalov yang menjalani hukuman penjara kerana membunuh dan menyeludup senjata, merupakan banduan keempat dalam tempoh 20 tahun yang berjaya melarikan diri dari penjara.

Pihak berkuasa menyalahkan kakitangan penjara yang didakwa tidak jujur dan menjalankan tugas secara cuai sehingga ia digunakan sepenuhnya oleh Topalov untuk melarikan diri.

Bagaimanapun di bawah undang-undang Rusia, jika Topalov ditangkap semula, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara tambahan empat tahun sahaja.

Menurut laporan media tempatan, Topalov berkongsi sel penjara dengan tujuh banduan yang lain, namun tidak diketahui sama ada mereka juga terbabit dalam membantu Topalov melarikan diri.

Penjara Matrosskaya Tishina yang dibuka pada 1946 merupakan penjara paling ketat kawalannya dan menjadi tempat pesalah berprofil tinggi termasuk Mikhail Khodorkovsky dan Sergey Magnitsky.

Setiap hari, banduan dan sel tahanan mereka akan diperiksa bagi memastikan tidak ada benda asing diseludup masuk dan disebabkan polisi penguatkuasaan yang keras ini, maka Topalov terpaksa menggunakan sudu untuk melepaskan diri.

Biapun pihak berkuasa tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai banduan berkenaan, namun mereka telah mengedarkan gambar Topalov sebagai usaha mengesan semula bekas anggota sindiket jenayah terancang itu.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon