Friday, May 17, 2013

Aznil Nawawi Tarik Diri Masterchef Selebriti 2


Personaliti tv terkenal tanahair Aznil Nawawi buat kejutan selepas menarik diri dari program realiti, 'Masterchef Selebriti 2' malam kelmarin demi memberi fokus terhadap kepada ibunya yang uzur.


Menurut Aznil, ibunya Norbaiti Surur, 88 sering dimasukkan hospital akibat komplikasi yang diakibatkan oleh faktor umur.

Aznil membuat keputusan drastik itu selepas salah seorang peserta program, pengarah Michael Ang sepatutnya tersingkir selepas masakan ikan tunanya tidak digemari oleh juri Chef Adu, Chef Zubir dan Chef Joe pada episod ke-12.

“Melihat keadaan ibu demikian tak mungkin saya dapat memberikan tumpuan selama 12 jam di lokasi (MasterChef Selebriti) dan menghabiskan masa bersamanya pada Ahad saja,” kata Aznil.

“Walaupun saya dan adik-beradik lain ada menggunakan perkhidmatan jururawat sepenuh masa di rumah untuk ibu, saya tetap tidak mahu terlepas dari menjalankan tugas saya sebagai seorang anak,” ujarnya.

Beliau bersyukur kerana adik-beradiknya begitu memahami tuntutan kerja yang memerlukannya terbang ke luar negara untuk bertugas.

“Kadang-kadang ada terbit rasa bersalah kerana berlaku tidak adil pada mereka (adik-beradik) saya. Cuma kami sedar yang pada waktu begini, ibu begitu memerlukan perhatian daripada kami,” kata Aznil yang merupakan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro.

Ujar Aznil lagi, beliau telah berfikir semasaknya untuk membuat pengunduran dari program tersebut.

“Saya telah berbincang dengan adik-beradik sebelum saya membuat keputusan. Bagi mereka, saya boleh memilih untuk meneruskan perjuangan saya, cuma ini adalah keputusan yang terbaik pada masa ini,” katanya.

Tak boleh fokus ketika memasak

Menurutnya, fikirannya tidak tenteram ketika berada dalam program tersebut, “saya tak boleh fokus dan tidak dapat memasak sepenuh hati kerana berasa tertekan memikirkan perihal ibu saya.”

Kongsi bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi, pengorbanan dan kasih ibunya hingga dia menjangkau 51 tahun tidak ternilai harganya.

“Ini bukan pengorbanan tapi tanggungjawab saya terhadap ibu. Jasa ibu tidak perlu pengorbanan atau sebaliknya,” ujarnya ringkas.

Ujar beliau, pengalaman menyertai program itu membuka mata beliau untuk mula mengasah minat memasak beliau.

“Pengalaman ini amat berharga dan sejak menyertai program ini saya sudah mula memasak dan membuat kek di rumah.

Apa kata peminat?

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana peminat begitu memahami dan menyokong keputusan saya,” katanya.

Namun begitu, Aznil berkata yang beliau tidak langsung berkecil hati apabila ada pihak yang mengatakan penarikan dirinya akibat tidak mahu berasa malu apabila tersingkir kelak.

“Itu langsung tak logik. Saya rasa tidak beretika untuk menggunakan keadaan ibu sebagai alasan penarikan diri dari program tersebut. Niat saya jelas dan saya tidak menyesal dengan pengunduran ini,” katanya.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon