Monday, April 15, 2013

Sultan Brunei Enggan Bertemu Wakil Kiram


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tidak akan bertemu wakil ketua pengganas Jamalul Kiram III ketika mengadakan lawatan rasmi ke Filipina pada minggu depan.


Penolong Jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Abigail Valte berkata, jadual lawatan pemerintah Brunei tersebut terlalu sibuk untuk mengadakan pertemuan dengan wakil kumpulan pengganas tersebut.

"Saya tidak melihat ada peluang untuk melakukan pertemuan itu ketika Sultan Hassanal Bolkiah melawat Filipina,'' katanya,

Jurucakap kumpulan pengganas itu, Abraham Idjirani sebelum ini berkata, mereka akan memohon untuk mengadakan pertemuan dengan pemerintah Brunei tersebut bagi mengutarakan isu berhubung Sabah.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon