Monday, April 15, 2013

Penduduk Sambut Gembira Kematian Margaret Thatcher


Ratusan rakyat Britain berhimpun di tengah bandar raya ini semalam meraikan kematian bekas Perdana Menteri negara itu Margaret Thatcher.


Acara itu dirancang aktivis berhaluan kiri sejak beberapa tahun lalu sekiranya Thatcher meninggal dunia.

Ia digelar ‘Parti Sepanjang Hayat.’ Bagaimanapun, acara semalam hanya menarik beratus-ratus penyokong.

Sambil melaungkan slogan ‘Maggie, Maggie, Maggie, mati, mati, mati,’ mereka menari dan mengibarkan sepanduk mengutuk bekas pemimpin itu.

Yang lain mengusung patung Thatcher, lengkap berpakaian biru dan beg tangan, Thatcher yang digelar Wanita Besi meninggal dunia Isnin lalu pada usia 87 tahun.

Penduduk Britain yang membencinya sama banyak dengan yang menyukainya. Dasar Thatcher sepanjang memerintah Britain dari 1979 hingga 1990 dikatakan menjadi punca kepada keluasan jurang antara penduduk kaya dengan miskin negara itu.

Sementara itu, kerajaan Britain sudah bersiap sedia mengadakan majlis pengebumian penuh penghormatan tentera untuk Thatcher Rabu ini. Ia dijangka menelan belanja RM48 juta, menyebabkan sebahagian rakyat Britain membantah rancangan itu.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon