Friday, April 05, 2013

Panas! Aksi Tarian Seksi Harlem Shake Daphne Iking Jadi Isu Pula!


Impak negatif, itu realiti yang kini dihadapi pengacara dan pelakon kelahiran Sabah, Daphne Iking, 34, ekoran pembabitan dirinya dalam video tarian Harlem Shake dengan mengenakan pakaian seksi yang dimuat naik ke laman sosial YouTube.

Tarian Harlem Shake Daphne Iking undang kritikan.

Harlem Shake merupakan tarian yang kini menjadi fenomena seluruh dunia menerusi YouTube selepas gelombang fenomena Gangnam Style.

Video berdurasi 30 saat yang dirakamkan di ruang tamu rumah Daphne itu turut disertai suami, dua orang anak dan pembantu rumahnya.

Namun impak dirinya yang berpakaian seksi itu menyebabkan timbul kata-kata kurang enak menerusi internet yang menyifatkan video tersebut sebagai kurang sopan.

Malah, ada yang melemparkan kritikan bahawa Daphne cuba mempermain-mainkan agama.

Memberikan reaksi terhadap tohmahan tersebut, pemilik nama Dahlia Daphne Eleanor ini mengakui dia sebenarnya tidak menyangka video yang dirakamkan atas dasar mencuba fungsi alat perakam video baharu yang dibelinya itu mendapat perhatian ramai.

Daphne menegaskan dia tidak berniat untuk melakukan aksi tidak sopan.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon