Wednesday, April 17, 2013

Mike Tyson Menderita Obesiti?


Semakin ramai selebriti lelaki yang mengamalkan diet yang hanya berasaskan sayuran dan Mike Tyson tidak terkecuali dari hal ini.


Menurut juara peninju ini, pengamalan diet sedemikian telah membantunya mengurangkan berat badan sebanyak 100 paun (45kg).

Diet tersebut turut berupaya 'membersihkan' badan beliau dari kokain dan pelbagai jenis dadah lain yang sering diambil olehnya di masa lampau.

"Menjadi seorang vegan telah berikan saya peluang untuk hidup sihat. Badan saya mengandungi banyak kokain dan dadah pada suatu masa dahulu sehinggakan saya sukar untuk bernafas," ujarnya.

Selebriti lelaki lain yang turut berubah menjadi vegan termasuklah Jared Leto, Alec Baldwin, Bill Clinton dan Bryan Adams.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon