Tuesday, April 09, 2013

Harap Cium Kekasih Atas Pentas Tak Jadi Kontroversi - Nabila


Pelakon Nabila Huda berharap tindakan spontannya mencium pipi kekasihnya, aktor Nas-T dan memeluk beberapa rakan artis lelaki lain ketika dia diumumkan pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad lalu tidak akan mengundang sebarang kontroversi.


Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, keadaan itu berlaku kerana perasaannya yang terlalu gembira apabila meraih anugerah tersebut dan meminta maaf jika ada pihak yang terasa dengan perbuatannya itu.

"Itu perbuatan spontan saya kerana gembira apabila diumumkan menang Pelakon TV Wanita Popular.

"Malah saya juga memeluk rakan-rakan artis lelaki lain seperti Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat lama yang tahu susah senang saya dalam industri seni ini.

"Tetapi sekiranya ada yang mahu mengata, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa dan tidak kisah kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Ini adalah diri saya," katanya.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon