Sunday, April 21, 2013

Beyonce Ramal Anaknya Bakal Menjadi Presiden!


Usia anak Beyonce Knowles baru setahun namun penyanyi itu mengandaikan anak perempuannya itu akan menjadi seorang yang dipandang tinggi pada masa depan.


Menurut laporan portal Digital Spy, isteri kepada Jay Z itu mahu membentuk anaknya itu menjadi seorang wanita yang kuat dan kerana itu dia sering membisikkan kata-kata motivasi kepada anak sulungnya itu.

“Saya selalu membisikkan kepada anak saya, ‘kamu tahu, kamu mampu menjadi presiden dan ia mungkin boleh terjadi’,” kata Beyonce dalam satu wawancara.

Tambah penyanyi itu, anak tersebut mungkin tidak memahaminya lagi, tetapi kata-katanya itu pasti akan disimpan dalam ingatan kanak-kanak berkenaan.

“Saya tahu dia mungkin tidak faham dengan kata-kata semangat itu tetapi saya yakin satu hari nanti dia bakal menjadi seorang presiden,” ujarnya.

–mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon