Wednesday, April 03, 2013

Abang Madonna Seorang Pengemis Jalanan!


Walaupun Madonna dikenali ramai sebagai seorang artis yang popular di dunia serta mempunyai kekayaan berbillion yang melampau, seorang abangnya hanyalah merupakan pengemis jalanan yang hidup merempat di bawah jambatan ditengah-tengah kedinginan malam.

Gambar keluarga Madonna pada tahun 1986 Antony dan Madonna (dalam bulatan).

Lelaki tua yang dikenali sebagai Antony Ciccone duduk merempat sambil tangannya memegang sebotol minuman keras untuk memanaskan badan dari cuaca dingin.

Berusia 56 tahun, lelaki itu tinggal di bawah sebuah jambatan yang dianggapnya sebagai "rumah" di Michigan sejak 16 bulan lalu setelah merempat di jalanan hampir 3 tahun lepas.


"Madonna tidak pernah peduli saya hidup atau mati, dia hidup dalam dunianya sendiri", ujarnya.

"Saya tidak pernah menyayangi dia, dan dia tak pernah menyayangi saya, kami tidak pernah menyayangi".

Antony tinggal di bawah jambatan ini yang dianggap sebagai rumahnya.


Dalam keluarga Madonna, Antony dilaporkan merupakan seorang pemabuk tegar. Dia pernah bekerja di sebuah ladang anggur milik keluarganya sebelum ini tapi dipecat kerana minum wain sambil berbaring di sebuah tong minuman keras! Dia turut pernah masuk ke penjara kerana mabuk di gereja.

Ketika ditanya mengenai penyanyi popular tersebut (Madonna @ Madonna Louise Ciccone), Antony menyatakan bahawa penyanyi popular berusia 54 tahun itu mungkin marah padanya.

"Saya rasa dia sangat marah pada saya kerana sering menimbulkan masalah padanya. Tapi aku tidak pernah meminta apa pun dari adik aku itu", ujar Antony.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon