Tuesday, March 05, 2013

Tunjuk Perasaan Di Manila Kedutaan Malaysia Ditutup


Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.


Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.

Beberapa tulisan Twitter (tweet) disiarkan oleh ABS-CBN News Channel kira-kira dua jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan terhadap penceroboh Sulu, menunjukkan penunjuk perasaan memegang sepanduk bagi menuntut Malaysia menyelesaikan isu itu secara aman.

Kumpulan-kumpulan itu mendesak untuk keadilan bagi “Tausug martyrs” – yang dipercayai sebagai rujukan kepada sekumpulan pemberontak – dan untuk perlindungan Sabah yang didakwa sebagai tanah kepunyaan Kesultanan Sulu.

ABS-CBN turut menulis ‘tweet’ bahawa antara penunjuk perasaan adalah kumpulan militan.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon