Friday, March 08, 2013

Saiful Bukhari Pertahan Dakwaan, Dakwa Ayahnya DiPergunakan


Saiful Bukhari Azlan hari ini menegaskan yang beliau tidak akan sama sekali berganjak daripada dakwaan liwat ke atas dirinya sebaliknya mendakwa bapanya telah dipergunakan untuk menidakkan perkara berikut.


Menurut Agendanews, Saiful Bukhari kini sedang memikirkan tindakan selanjutnya berikutan perkara tersebut.

”Bapa saya telah diperguna..saya tetap istiqamah dan tak akan sama sekali berganjak. Saya tak mahu melatah,” katanya pada Agendanews.

Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab – mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,” kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi yang diuruskan oleh Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul. Johari juga merupakan orang kanan Anwar.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

Untuk rekod, Azlan memang dikenali sebagai penyokong Anwar tetapi mengambil keputusan untuk bersama anaknya sewaktu kes tersebut.

Azlan juga antara mereka yang paling kecewa sewaktu anaknya kalah dalam kes liwat itu dan antara pendesak agar kes tersebut dirayu.

Berita sebelum ini menyebut, bapa Saiful Bukhari decara tiba-tiba dakwa anaknya dipergunakan!

Dalam satu sidang media tertutup pagi ini, Bapa Saiful Bukhari, Azlan lazim memberitahu, anaknya telah dipergunakan dalam kes Liwat II.

Kenyataan ‘kona baring’ itu agak memeranjatkan.

Saiful Bukhari bagaimanapun dikatakan tidak hadir dalam sidang media itu. Sebaliknya bapa beliau hanya ditemani dua orang rakannya.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.

Sumber memberitahu, tindakan Azlan lazim ada kaitan dengan konflik keluarga dan beberapa permintaan beliau yang tidak dipenuhi.

Azlan berkata, beliau membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada anaknya seorang penipu atau tidak.

[Sumber]

2 comments

  1. KORG TAK REMAS KE TAK BUSAN KE ASYIK2 CERITA LIWAT2...TAK ABIS2 DGN KES TU..PATUT LOR NEGARA TAK MAJU ASYIK2 CERITA SAMA..MALU LOR ORG LUAR BACA..KEPADA AHLI POLITIK N TO WHOM MAY CONCERN..PLS LOR BUAT LOR CERITA2 UPDATED..NI OLD PUNA NEWSPAPER..

    ReplyDelete
  2. Ada orang suka baca paper lama.. :(

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon