Thursday, March 07, 2013

Perjanjian Damai MILF-Filipina Tajaan Malaysia Punca Pencerobohan?


Konflik yang terjadi kini di Lahad Datu adalah berpunca daripada kemarahan pemimpin MNLF, Nur Misuari terhadap MILF.


MNLF yang dipimpin oleh Misuari dan MILF sedang bermasam muka antara satu sama lain kerana MILF keluar daripada MNLF semata-mat ingin mendapatkan kerakyatan Filipina. Kemarahan Misuari dan sekaligus telah menganggap MILF adalah musuh ketatnya kini adalah menjadi punca mengapa MNLF mula menyusun atur kembali gerakan mereka yang bermula di Sabah.

Laporan dalam akhbar tempatan meletakkan tajuk "Jangan Memperkecilkan Nur Misuari!" ini menunjukkan bahawa Nur Misuari tidak bersetuju dengan pelan damai yang ditandatangani antara MILF (Moro Islamic Liberation Front) dengan GPH (Government of the Philippines).


Pencerobohan Lahad Datu pula sangat jelas sebagai protes dari pihak MNLF terhadap perjanjian damai tersebut yang bukan sahaja menganggap MILF sebagai kumpulan bersenjata picisan malah dianggap sebagai kumpulan pengkhianat.

Ini kerana ketika MNLF menandatangani Perjanjian Damai Autonomi pada tahun 1996, suku kaum Maranao-Maguindanao yang sebelumnya menyertai angkatan bersenjata MNLF telah berpakat keluar dari MNLF dengan menubuhkan MILF pula, dengan alasan mereka tidak mahu Autonomi tetapi kemerdekaan sebagaimana perjuangan awal. Tiba-tiba hari ini MILF pula yang mengikut jejak MNLF berdamai dengan SANGGUP menerima kerakyatan Filipina, bukan kemerdekaan negara Islam Moro seperti yang mereka laungkan.

Barangkali inilah punca kemarahan utama MNLF terhadap saudara mereka dari kumpulan MILF. Cakap tak serupa bikin, beria-ia nak teruskan peperangan dengan menentang perjanjian damai MNLF 1996 tapi akhirnya MILF sendiri yang terpaksa menelan segala cakap besarnya terhadap MNLF pada 1996 lalu.

Satu lagi punca kemarahan MNLF ialah, perjanjian damai yang dimeterai MILF dengan Filipina itu secara automatik telah membatalkan segala perjanjian damai 1996 MNLF dengan Filipina. Sejak tahun 1996 Nur Misuari menunggu agar perjanjian damainya dilaksanakan oleh Filipina tapi malangnya bukan sahaja segala fasa dalam perjanjian tersebut tidak dilaksanakan oleh Filipina, malah Filipina bertindak dengan bantuan Malaysia menutup perjanjian MNLF 1996 itu dengan perjanjian baru MILF-Filipina ini.


Apapun alasan Filipina untuk menafikan hak MNLF sebagai pemeterai perjanjian lebih awal nyata sekali tidak boleh diterima oleh Nur Misuari mahupun ahli-ahli MNLF sendiri.

Di Malaysia, siaran TV tempatan telah melaporkan betapa Malaysia begitu bertuah menjadi ejen pendamai Nusantara sehingga mendapat pujian Ulama' Arab (Syeikh Yusuf Al-Qaradawi) tanpa menyedari bahawa ia bukannya keamanan yang menjadi TOKEN kepada kejayaan Malaysia itu, sebaliknya akan menjadi bibit perang saudara sebagaimana yang digambarkan oleh Nur Misuari sendiri. 

Sekiranya Malaysia berterusan MENUTUP MATA terhadap keadaan sebenar Sulu dan Mindanao itu, dikhuatiri masalah ini akan menular ke Sabah. 

[Sumber]

Edited by SP

2 comments

  1. Sebenarnya bangsa Moro ni pemalas...lihat negara mereka memang tidak banyak pembangunan...kalaulah mereka ni rajin..sudah tentu negara mereka lebih maju dari Malaysia dari segi pelancongan dgn pulau-pulau yg cantik...tapi masaalahnya mereka lebih suka berperang sebab itu org luar bahkan org Filipina tidak mahu melabur ni negara bangsa MORO...

    ReplyDelete
  2. macamana sulu nak maju jika setiap masalah diselesaikan dengan peluru? macamana nak aman jika setiap rumah dan orang lelaki memiliki senjata dan ratusan/ribuan peluru ?

    salahkan malaysia pulak ke? jangan salahkan malaysia kerana pencetus masalah yg sebenar ialah misuari, misuari yang kuku besi ...tamak haloba dan menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan malaysia,

    nak tahu bagaimana perangai misuari ? lihat anuar, perangai dan sifat mereka 99% sama!!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon