Saturday, March 02, 2013

Panas! Dua Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan Di Semporna, Sabah!


Dua anggota polis cedera dalam kejadian berbalas tembak dengan sekumpulan lelaki di Kampung Seri Jaya, Pulau Siminul, Semporna kira-kira pukul 7.30 malam tadi.


Ketua Polis Negara menerusi laman twitternya mengesahkan ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis keatas sebuah permis di kampung itu.

Pemeriksaan atau siasatan polis dilakukan untuk mengesahkan samada mereka ini terlibat dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

Setakat ini jumlah mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit tidak lebih daripada 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak tersebut ada beberapa orang anggota polis yang cedera, butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian.” katanya.

[Sumber]

1 comment

  1. Pemberontak datang umpama pencuri, ia datang ketika pemilik rumah sedang terlena di waktu malam. kehadiran mereka amat berbahaya, jika pipi kananmu di tampar jangan sampai ia menampar pipi kirimu kerana tamparan kedua engkau pasti mati. hidangan lazat dalam pinggan telah kita beri sebaliknya mereka mengembalikan pinggan yang dipenuhi oleh najis. nampak seolah wajah mereka takut sebaliknya mereka bersedia untuk menikam belakang dengan mata merah sambil gigi mengkerutup, mereka umpama kubur yang di atasnya nampak indah kerana ditaburi bunga- bungaan sebaliknya di dalamnya itu ada bangkai.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon