Friday, March 29, 2013

Nantikan Kemunculan Usher Dan Shakira Dalam Rancangan The Voice


Penyanyi Usher Raymond dan Shakira telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai juri terbaharu program realiti The Voice menggantikan Christina Aguilera dan Cee Lo Green.

Shakira dan Usher bintang besar Amerika Syarikat 
yang menyertai barisan juri program The Voice.

Green dan Aguilera mengambil keputusan tidak kembali pada musim keempat program popular itu kerana ingin berehat namun tidak menolak kemungkinan akan kembali menyertai barisan juri pada masa hadapan.

Bagaimanapun ada pihak bimbang penyertaan Usher dan Shakira dalam program itu mungkin tidak akan memberi impak sama seperti musim terdahulu walaupun mereka berdua adalah nama besar dalam industri muzik.

Selain Shakira dan Usher, kerusi juri turut mengekalkan dua nama iaitu Adam Lavine dari kumpulan Maaron 5 dan Blake Shelton.

The Voice akan menemui penonton di Asia bermula 31 Mac ini di saluran AXN.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon