Friday, March 15, 2013

Lagu Yuna Akan Dinyanyikan Peserta American Idol


Pencapaian penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna di dalam industri muzik antarabangsa amatlah membanggakan rakyat Malaysia.


Ada saja pencapaian terhebat yang dilakukan Yuna.

Terbaru, menerusi Gua.com, nampaknya Yuna bakal mencipta sejarah lagi.

Selepas Yuna terpilih untuk menyanyikan lagu runut bunyi bagi filem The Croods, kini satu lagi pencapaian bakal dikecapi olehnya.

Lagunya yang berjudul Shine Your Way itu bakal dinyanyikan oleh peserta American Idol musim ke-12 pada malam keputusan (result show) yang bakal disiarkan hari ini, jam 7.00 petang menerusi saluran 711, StarWorld dan siaran tertunda menerusi saluran 8TV pada Sabtu, jam 10.30 malam.

Sepuluh finalis yang berjaya meneruskan perjalanan dalam American Idol adalah Lazaro Arbos, Janelle Arthur, Curtis Finch Jr, Candice Glover, Kree Harrison, Amber Holcomb, Paul Jolley, Angie Miller, Burnell Taylor dan Devin Velez.

Sementara itu, Shine Your Way ditulis oleh Adam Young, Alan Silvestri dan Glen Ballard dan ia dirakamkan untuk kredit akhir filem terbitan Dreamworks Animation yang bakal berada di pawagam pada 21 Mac ini.

Yuna kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi artis rakaman Verve Music Group. Shine Your Way menyaksikan Yuna berkolaborasi dengan kumpulan Owl City.



Dengarkan lagu Shine Your Way ini..

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon