Saturday, March 02, 2013

Isu Lahad Datu - Penceroboh Kibar Bendera Putih Tapi Tembak Anggota VAT 69!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.


Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

–BERNAMA

1 comment

  1. TERLUPA AKU NAK BERITAHU RAKYAT MALAYSIA SAMADA ASALNYA DARI SABAH ATAU ORANG SULUK YANG SUDAH LAMA TINGGAL DI MALAYSIA AMNYA SABAH YANG AMAN DAN HARMONI SELAMA INI.....SATU PENGAJARAN YANG AKU PEROLEHI PEPATAH DARI MEREKA (ORANG SULU) INI KATANYA" SELAGI TIDAK LURUS EKOR ANJING ENDAK LURUS LA AKU "...APA MAKSUD SEBENAR AYAT INI?..FIKIR-FIKIR LA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon