Sunday, March 03, 2013

Isu Lahad Datu - Penceroboh Di Belasah Sampai Mati Oleh Penduduk Kampung!


BERNAMA melaporkan, seorang lanun sulu bersenjatakan M-16 telah dibelasah sampai mati oleh penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna, Sabah.


Penduduk Sabah sendiri sudah benci dan marah dengan pencerobohan lanun Sulu yang sudah membunuh 7 anggota keselamatan kita.


Tindakan berani penduduk kampung, pasti akan menimbulkan kemarahan lanun-lanun Sulu yang datang untuk mengkucar-kacirkan Sabah.

Kita berharap pasukan keselamatan kita dapat mengetatkan lagi kawalan keselamatan sedia ada.

Tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna kerana berani bertindak terhadap lanun tersebut! Terbukti, rakyat Sabah tidak memberikan sokongan kepada lanun-lanun Sulu yang disokong petualang dalam negara.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon