Sunday, March 31, 2013

Filipina Minta Bayaran AS Rosakkan Terumbu Karang


Meskipun Filipina mengalu-alukan usaha pihak tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengalihkan sebuah kapal pemusnah periuk api yang tersangkut di kawasan terumbu karang di perairan negara itu selama lebih 10 minggu, pemerintah di sini menegaskan bahawa bayaran denda akibat kemusnahan alam sekitar tetap perlu dibayar.

Bahagian depan kapal tentera laut AS selepas ia dipotong di Terumbu Tubbataha, Laut Sulu.

Krew kapal yang berkhidmat untuk tentera laut AS semalam berjaya melepaskan bahagian terakhir kapal USS Guardian yang tersangkut pada terumbu karang Tubbataha, iaitu sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO di zon terpencil Laut Sulu.

"Kami tetap dengan pendirian mengenai pertanggungjawaban dan kami akan menguat kuasa undang-undang sedia ada. Kami juga akan ambil langkah-langkah yang perlu untuk mngelakkan perkara seperti ini berulang," ujar jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma.

Siasatan awal mendapati kapal tersebut telah memusnahkan kawasan terumbu karang seluas kira-kira 4,000 meter persegi yang kaya dengan hidupan marin setanding Great Barrier Reef di Australia.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon