Tuesday, March 05, 2013

Enggan Jual Rambut Panjang Walaupun Ditawarkan £2,000!


Seorang wanita di China tidak pernah memotong rambut sejak 11 tahun lalu dan kini rambutnya berukuran 6 kaki, iaitu melebihi ketinggiannya sendiri iaitu 5 kaki.


Dengan ketinggian berkenaan, Cen Yingyuan, 44 tahun terpaksa mengikat rambut setiap kali kali keluar rumah.

“Saya menyimpan rambut ini selama 11 tahun,” katanya.

Setiap kali keluar rumah, rambut Cen menjadi tarikan ramai, namun Cen tidak kisah dengan keadaan itu malah dia berasa bangga dengan rambutnya itu.

Cen sangat menghargai rambutnya itu dan akan mengutip serta mengumpul setiap helai rambut yang gugur.

“Sejak 2005, saya telah mula mengumpul rambut yang gugur ini. Selaluinya setiap tahun saya berjaya kumpul kira-kira 50 gram,” katanya.

Menurut Cen, banyak pihak yang berminat untuk membeli rambutnya itu, malah dia pernah ditawarkan hingga £2,000.

Bagi mengelakkan rambutnya menjadi rosak, Cen sentiasa menitik berat penjagaan rambutnya.

“Jika ada sehelai uban di rambut saya, maka saya akan mewarnakan rambut saya menjadi putih, menjadikan rupa saya lebih berbeza,” katanya.

Dengan rambut yang panjang itu, adalah sukar untuk Cen membasuhnya setiap hari, justeru dia akan membasuh rambut setiap empat hari.

Cen akan menggunakan baldi untuk membersihkan rambutnya dan dia akan menggunakan sebotol arak bagi memastikan rambutnya bersinar.

Bagaimanapun bukan Cen seorang sahaja yang taksub dengan rambut panjang itu sebaliknya wanita di perkampungan Huanglua Yao menyimpan rambut panjang dengan ukuran antara 5.5 kaki hingga 6.8 kaki.

Mereka kebanyakannya memotong rambut sekali seumur hidup iaitu pada usia 16 tahun sebelum mereka berkahwin.

Penduduk kampung berkenaan percaya wanita yang berambut panjang membawa kebahagiaan, kekayaan dan nasib yang baik.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon