Wednesday, March 13, 2013

Dua Anggota Tentera Gugur Dinaikkan Pangkat


Dua anggota tentera yang gugur, Prebet Ahmad Hurairah Ismail,24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan,21, dinaikkan pangkat serta merta ke jawatan koperal.

Sebelum ini dilaporkan tiga pengganas ditembak mati, tetapi pasukan keselamatan berkenaan menembak mati dua pengganas manakala tiga lagi melarikan diri.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi mengumumkan kedua-dua keluarga tentera akan menerima kenaikkan pencen kira-kira RM2,500.

“Saya mewakili kementerian dan angkatan tentera, saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat.

“Mereka adalah pahlawan yang berjuang untuk negara,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Rabu.

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban tiba di TUDM pada pukul 8 pagi dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat tentera.

Dr Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara mereka yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Jenazah akan diterbangkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Prebet Ahmad Hurairah terkobrban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung batu di Lahad Datu pada Selasa.

Sementara Prebet Farhan Ruslan, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menghantar bekalan ke kawasan pertempuran Ops Daulat pada Selasa.

Kenderaan yang dipandu anggota tentera itu dipercayai hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari bandar Lahad Datu menghala ke Bandar Chenderawasih di Felda Sahabat.

-Mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon