Thursday, March 14, 2013

Azzimudie Kiram Ceroboh Lahad Datu Bersama 234 Pengganas!


Azzimudie Kiram, adik kepada ketua Jamalul Kiram, dilaporkan membawa pengikutnya seramai 234 orang ketika mengetuai pencerobohan ke atas Sabah pada bulan lalu


Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada anggota panel jawatankuasa khas yang dilantik oleh Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina untuk menyiasat krisis pencerobohan Sabah, yang enggan dikenali.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lapan daripada mereka adalah wanita, 10 lagi anggota bersenjata Kiram dan empat anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dipinjamkan.

Laporan sebelum ini menyatakan hanya 150 pengikut Kiram yang diketuai Azzimudie yang menceroboh Sabah dan mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari lalu.

Azzimudie dan pengikutnya juga dilaporkan telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dalam usaha mereka mengelak daripada diburu oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie juga dilaporkan masih berada di Sabah dan kini terkepung.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, lebih 60 pengikut Kiram telah terbunuh setakat ini dalam operasi besar-besaran memburu pengikut Jamalul Kiram dengan lebih seratus orang lagi berjaya ditahan.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon