Thursday, March 21, 2013

Adele Minta Bayar RM10 Juta Untuk 25 Minit Persembahan!


Adele mengenakan bayaran lebih RM400,000 seminit untuk persembahan pada majlis perkahwinan? Penyanyi lagu Skyfall itu ditawarkan hartawan Afrika Selatan, Vivian Immerman untuk menyanyi selama 25 minit pada maj­lis perkahwinan anak perempuan­nya, Megan di Hotel Grosvenor House, London tetapi terpaksa melupakan hasrat itu apabila perlu membayar lebih RM10 juta.


Menurut sumber, Immerman pernah mengundang Amy Winehouse membuat persembahan pada majlis perkahwinan anak sulung­nya, Bianca tiga tahun lalu, lantas berhasrat membawa Adele pula untuk perkahwinan mewah anak keduanya.

“Immerman terkejut apabila dimaklumkan jumlah yang perlu dibayar. Walaupun mampu membayarnya, Vivian merasakan bayaran itu terlalu mahal dan kini mencari artis lain,” katanya kepada akhbar Daily Star.

Adele yang mempunyai anak berusia lima bulan hasil hubungan dengan tunangnya, Simon Konecki, tidak terlalu kecewa apabila Immerman membatalkan niat mengundangnya menyanyi pada majlis perkahwinan anaknya.

Penyanyi hebat itu dipercayai bakal menandatangani perjanjian menjadi model kosmetik dengan bayaran lebih RM47 juta. Adele dalam pertimbangan untuk menerima tawaran daripada Estee Lauder, L’Oreal dan Dior untuk meletakkan wajahnya pada produk mereka.

Sumber akhbar The Sun melaporkan, banyak pihak inginkan Adele, namun hanya akan menerima tawaran itu jika menepati cita rasa.

“Iklan yang memaparkan wajahnya harus mengekalkan personaliti Adele. Banyak usaha perlu dilakukan jika inginkan penyanyi itu bersetuju menerima tawaran diberi,” kata sumber.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon