Isnin, Januari 07, 2013

Saya Malas Buat Kenyataan Media - Zarina Anjoulie


Loading...

Minggu lalu, pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie memaklumkan bakal mengadakan sidang media selepas dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang dengan diikat jamin oleh adik tiri perempuannya.


Namun, menerusi laporan portal Murai.com, pelakon tersebut menafikan dakwaan mengatakan dia akan mengadakan sidang meida dan mendakwa kenyataannya telah diputar belit oleh pihak-pihak tertentu.

Zarina pada Isnin lalu ditahan bersama teman lelakinya atas kesalahan memiliki dadah sebanyak dua biji pil Erimin 5 dengan aggaran berat 0.6 gram.

Berikutan penahanannya, Zarina menjadi tumpuan pelbagai pihak bagi mendapatkan kenyataan berhubung isu sensitif tersebut.

“Saya tidak cakap pun pada wartawan di media tersebut bahawa saya mahu buat sidang media. Apa yang cakap adalah sebaliknya.

“Alih-alih timbul pula laporan yang mengatakan saya mahu buat sidang media tersebut,” kata Zarina.

Zarina memberitahu, dia banyak menerima panggilan telefon dari pihak media untuk mendapatkan kenyataan darinya.

Katanya, dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan atau malas untuk berdepan dengan pihak media.

“Sebenarnya, wartawan itu menghubungi saya untuk mendapatkan komen berkenaan isu saya ini. Tapi, saya malas nak komen.

“Lagipun sejak kes ini timbul, telefon saya memang tidak henti-henti berdering dan memang banyak wartawan cari saya.

“Jadi saya pun bagi alasan mungkin saya kena buat sidang media agaknya untuk menjelaskan keadaan ini. Tak sangka pula benda itu dijadikan berita,” katanya.

Selain itu, Zarina mengatakan dia tidak mendapat sebarang keuntungan dengan mengadakan sidang media kerana baginya, isu dia terlibat dengan dadah tidak perlu diperbesarkan.

“Untuk apa? Yang untung bukannya saya. Lagipun, buat apa saya hendak perbesar-besarkan hal ini?

“Sekarang ini saya sibuk berbincang dengan peguam saya dan saya juga mahu habiskan masa dengan keluarga saya,” beritahu Zarina.

Rabu lalu, Zarina telah diikat jamin sebanyak RM2,000 oleh adik tiri perempuannya selepas dua hari bermalam di Kompleks Penjara Kajang.

Sebutan semula kes memiliki dadah Zarina akan berlangsung pada 8 Februari depan.

Sumber: mynewshub.cc

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon