Wednesday, January 23, 2013

Saya Lelaki Lembut Tapi Bukannya Gay - Roslan Shah


Pelakon dan pengacara, Roslan Shah berasa kecewa apabila hasratnya ingin berumah tangga disalah ertikan sesetengah pihak dengan menuduhnya pondan yang tidak mampu berbuat demikian.


Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin, 41, berkata, dia benar-benar sedih dengan fitnah itu yang dibuat tanpa memikirkan hati dan perasaannya.

“Saya mengaku, saya seorang lelaki lembut tetapi saya bukan pondan yang berpakaian wanita.

“Saya mampu mempunyai isteri dan insya-Allah boleh mendapatkan zuriat,” katanya yang dipetik menerusi Mstar, di sini, hari ini.

Roslan menambah, apa yang membuatnya bertambah kecewa apabil tuduhan mengejutkan itu dilemparkan sendiri oleh rakan artis yang sentiasa memandang buruk terhadap apa jua perkara yang dilakukannya.

“Pelik atau tidak bila kita nak buat benda baik, kawan-kawan sendiri yang mahu melihat ia gagal?

“Tidak kiralah saya ini berlatar belakang apa sekali pun, jika seseorang itu mahu menjadi lebih baik, kita harus menyokongnya,” katanya.

Tambah Roslan, bakal isterinya tiada halangan dengan sifatnya sebagai lelaki lembut malah wanita berkenaan lebih menyenangi individu berperwatakan seperti itu.

“Alhamdulillah… wanita itu senang dengan sikap saya. Dia kata saya seorang yang kelakar.

“Dia lebih mempercayai orang seperti saya daripada sesetengah lelaki lain yang mungkin akan bermain kayu tiga,” jelasnya.

Ditanya mengenai identiti wanita tersebut Roslan menjelaskan, kekasihnya itu berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berusia 29 tahun.

Tanpa mahu mendedahkan dengan lebih jelas mengenai wanita itu, Roslan memberitahu perkenalan mereka berlaku ketika Roslan mengadakan persembahan sempena Fiesta Jom Heboh anjuran TV3 di Kelantan kira-kira tiga tahun lalu.

[Sumber]

1 comment

  1. Orang nak buat baik, kita doakanlah yang baik2 juga.. Tak perlulah nak menjatuhkan maruah orang lagi.. Artis oh artis..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon