Friday, January 11, 2013

Pelacur Brazil Belajar Bahasa Inggeris Sempena Piala Dunia 2014


Brazil bakal menganjurkan Piala Dunia tahun depan. Bagi tujuan itu, penduduknya telah bersiap sedia untuk menghadapi penganjuran bola sepak berprestij itu.


Tidak ketinggalan dalam persediaan itu ialah golongan pelacur di negara itu.

Mereka kini telah menyertai kelas bahasa Inggeris agar dapat mencari pelanggan antarabangsa pula.

Menurut Presiden Pertubuhan Pelacur Brazil, Cida Vieira, setakat ini 20 wanita telah mendaftar dalam kelas berkenaan.

Dia menjangkakan 300 daripada 4,000 anggota pertubuhan itu akan menyusul.

Bagi tujuan itu, pertubuhan berkenaan sedang mencari sukarelawan untuk mengajar mereka bahasa Inggeris berkenaan.

“Setakat ini kita sudah mempunyai beberapa orang psikologi dan doktor yang sedia membantu,” katanya.

Jelas Cida, kelas itu akan bermula pada bulan Mac ini dan ia akan mengambil masa selama lapan bulan.

“Adalah penting bagi pelacur ini menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan pelanggan mereka mengetahui kadar yang ditetapkan ke atas mereka.

“Atas sebab-sebab tertentu juga, kami bercadang menawarkan kelas bahasa Perancis dan Itali secara percuma,” katanya.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon