Wednesday, January 09, 2013

Giler! Laluan Pejalan kaki Yang Hanya Muat Tapak Kaki


Laluan ini bermaksud Laluan Raja di dalam bahasa Sepanyol, terletak di dalam wilayah Malaga, laluan ini sebenarnya sangat berbahaya, curam, sempit dan sesetengah tempat hanya muat-muat untuk tapak kaki sahaja!


Pada mulanya, laluan ini dibina untuk pekerja hidroelektrik yang terletak antara dua jurang, mengambil masa selama 4 tahun dan akhirnya siap pada tahun 1905. Ia dirasmikan oleh Raja Sepanyol Raja Alfonso XIII.


Dengan lebar hanya satu meter, ianya dibina dengan konkrit yang disokong oleh besi keluli, namun oleh kerana sudah terlalu lama terbiar, menyebabkan banyak jalan yang rosak teruk menjadikannya laluan maut jika tersilap langkah.


Namun, pengemar sukan lasak masih ingin merasakan sendiri laluan maut ini. Di laporkan dua orang pejalan kaki telah terbunuh selepas laluan ini ditutup pada tahun 2000 apabila tersilap langkah.


Jika ada pejalan kaki yang terjatuh, menunggu dibawahnya ialah batuan keras lagi tajam.

Pada tahun 2011, laluan ini dibaiki semula dengan kos 9 juta euro.

BACA INI JUGA: Laluan Kereta Yang Paling Merbahaya Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon