Wednesday, January 16, 2013

Bekas Anggota Kumpulan Westlife Istihar Muflis


Tahun 2012 lalu, salah seorang anggota kumpulan Westlife iaitu Shane Filan mengumumkan bahawa dirinya sudah bankrap.

Shane diisytihar bankrap pada Jun 2012.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Dailymail, selepas kesemua barangnya disita, Shane hanya menyimpan satu barang berharga iaitu cincin perkahwinannya bernilai RM154,868.

"Hanya cincin perkahwinannya dengan isteri, Gillian, sahaja yang dapat diselamatkan.

"Cincin 31.41 karat itu adalah satu kenangan dan harapan buat Shane," kata sumber.


Shane sebelum ini antara yang selebriti Hollywood yang terkaya dengan mencapai pelbagai kejayaan menerusi kumpulan Westlife.

Bagaimanapun, Shane mengumumkan dia sudah bankrap pada Jun 2012, tidak lama selepas Westlife dibubarkan.

Sebelum ini, Shane telah mengalami krisis kewangan sehingga membuatkan dia terpaksa menjual aset-asetnya.

-mStar

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon