Wednesday, December 12, 2012

Temuduga Untuk Jadi Calon Isteri Taikun Kaya


Di China terdapat ramai taikun kaya yang terlalu sibuk nak berdating kerana bisnes dan terpaksa membeli isteri. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran 50,000 Yuan kepada agensi perkahwinan yang berjaya mencarikan isteri yang sesuai untuk mereka.


Tidak mengejutkan tawaran ini menyebabkan lebih 2000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi isteri kepada jutawan-jutawan ini. Wanita yang menawarkan diri bukan sahaja datang dari China malahan ada yang datang dari Singapura dan Australia.

Dari 2000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temuduga bagi mengecilkan pemilihan pool kepada hanya 28 orang.

Mereka akan ditemurah di Guangzhou dengan syarat-syarat khas:

1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori!

2) Temuramah berkenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Jutawan-jutawan ini mahukan bakal isteri yang ada status dan bukan isteri semata-mata.

3) Ujian psikologi. Bagi memastikan calon isteri tiada penyakit mental.

4) Pemeriksaan bintang Astrologi. Jutawan-jutawan ini mahukan bakal isteri yang sesuai dengan bintang zodiak mereka.

5) Saringan akhir dimana calon isteri akan dipasangkan dengan salah seorang dari 11 orang jutawan-jutawan itu.


Dan yang paling utama, jutawan-jutawan ini mahukan bakal isteri yang masih dara.

[Sumber]

Edited by Sentiasapanas.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon