Thursday, December 13, 2012

Sudah-sudahlah Mengaitkan Hal Palestin Dengan Soal Politik - Afdlin


Kita semua tahu yang ikon komedi tanah air, Afdlin Shauki telah ke Gaza bersama pasukan kemanusiaan Aqsa Syarif bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin pada 3 Disember lalu.


Namun pemergian Afdlin yang turut disertai oleh lima krewnya dari Vision Works telah disalah ertikan oleh rakan artis yakni Abby Abadi.

Abby turut ada mengaitkan niat murni pasukan itu yang ke Palestin dengan isu politik.

(Jangan Lupa Baca: Tiada Guna Lawat GAZA Kalau Sokong UMNO - Abby Abadi)

Untuk mendapatkan kepastian daripada tuduhan yang dilemparkan Abby, Mynewshub.my telah menemui Afdlin untuk mendapatkan komen mengenai isu itu.

Menurut Afdlin, apa yang dilemparkan Abby itu tidak sedikitpun mengguris hatinya.

“Saya tak ambil hati langsung dengan apa yang Abby cakap. Apa yang saya buat sekarang ini hanya fokus kepada rakyat Palestin.

“Dia (Abby) pun dah masuk perjuangan Islam, saya mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Afdlin Shauki ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Afdlin turut menegaskan supaya sudah-sudahlah mengaitkan hal Palestin ini dengan soal politik.

“Ini soal bagaimana umat Islam mahu bersatu. Ketepikanlah soal politik itu.

“Kalau kita jadikan isu Palestin ini sebagai pengajaran, mesti semua umat Islam dapat bersatu,” katanya.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon