Monday, December 10, 2012

Sanggup Menunggu Semalaman Untuk Menjadi Pembeli Pertama Wii U


Ratusan pembeli beratur di kedai elektronik di seluruh Jepun bagi mendapatkan permainan konsol Nintendo Co Ltd, Wii U yang baru dilancarkan di Jepun, semalam.

Orang ramai sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan 
permainan konsol Nintendo Wii U di kedai elektronik 
terbesar Bic Camera di Tokyo, Jepun.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 100 pelanggan menunggu di luar kedai elektronik terbesar Jepun, Bic Camera di daerah komersial Ikebukuro, Tokyo sebelum ia dibuka pada jam 8 pagi.

Seorang pelajar berusia 24 tahun sanggup menunggu semalaman semata-mata untuk menjadi pembeli pertama Wii U di Tokyo.

“Saya sudah menempah satu unit. Saya sanggup beratur panjang bagi merasai suasana ketika ini. Saya mahu pulang segera ke rumah untuk bermain permainan ini,” katanya.

Syarikat elektronik terbesar Jepun itu, sudah berjaya memasarkan permainan videonya itu di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia.

Lebih 425,000 unit baru sudah dijual pada minggu pertama selepas ia dilancarkan di pasaran AS pada 18 November lalu.

Keseluruhannya, sebanyak 97 juta unit peranti konsol Wii U sudah dijual di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2006.

-AFP

1 comment

  1. Hello arе uѕіng Worԁρress foг уour blοg ρlatform?
    I'm new to the blog world but I'm trying to get ѕtarted
    and сreatе my οwn. Dо
    yοu гequігe any сoding exρertіѕe
    tο make yоur own blog? Αnу help would be grеatly appreciated!


    my blog ρoѕt; jump higher faster

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon