Tuesday, December 11, 2012

Sah! Nik Aziz Bakal Nikahkan Apex dan Leuniey


Pasangan sama padan yang bakal berkahwin pada 28 Disember ini iaitu Apex dan Leuniey dikhabarkan akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.


Hal itu dilaporkan sendiri oleh bapa Leuniey selepas menerima surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, awal pagi hari ini.

Menerusi Murai, bapanya, Nazri memberitahu menurut surat itu majlis pernikahan akan berlangsung pada jam 10 pagi.

“Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan.

“Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.

“Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,” katanya.

Majlis pernikahan berkenaan akan dilakukan di kediaman Leuniey manakala majlis resepsi akan menyusul pada tiga tempat berbeza.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon