Sunday, December 02, 2012

Rupanya Ada Juga Pertandingan Batu Gunting Kertas


Info Unik Dunia. Dalam banyak-banyak acara sukan, rupanya ada pertandingan yang langsung tidak memerlukan stamina, kekuatan atau ketangkasan. Waiaupun begitu, atletnya tetap berbadan tegap dan sasa. Kalau anda nak tahu ini ialah pertandingan Batu Gunting Kertas atau Rock Paper Scissors (BPS).


Batu Gunting Kertas atau dikenali sebagai o-som di kalangan masyarakat Melayu merupakan sebuah permainan tangan antara dua orang atau lebih. Ia sangat popular.

Permainan ini sering digunakan untuk pemilihan rawak. Sama seperti melambung duit syiling dan dadu ia tidak memerlukan apa-apa material kecuali tangan sebagai penentu kalah dan menang mengikut hukum logik.

Meskipun begitu ringkas dan dikatakan kebudak-budakan, permainan kuno ini telahpun dijadikan sebagai sebuah kejuaraan antarabangsa.

Bermula pada tahun 2002, Persatuan Batu Kertas Gunting Dunia atau World Rock Paper Scissors Society (WRPSS) telah ditubuhkan bagi mengelola kejuaraan ini.

Organisasi ini juga bertanggungjawab merangka dan mempersetujui standard set peraturan untuk pertandingan o-som di peringkat antarabangsa.


WRPSS turut menetapkan cara bermain sama seperti mana permainan o-som biasa. Terdapat tiga isyarat tangan dalam pertandingan ini.

Batu - menunjukkan tangan dalam keadaan menggenggam. Gunting - jari telunjuk dan tengah lurus, manakala jari lain mengepal. Kertas - tangan terbuka.

Tujuan isyarat tangan ini adalah untuk mengalahkan pihak lawan. Peraturannya, batu mengalahkan gunting, gunting mengalahkan kertas dan kertas mengalahkan batu.

Jika kedua-dua pemain mengeluarkan isyarat yang sama, maka permainan perlu diulang semula. Pemain yang menang lima kali terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Sejak WRPSS menjadikannya sebagai kejuaraan tahunan dunia, kejohanan kompetitif ini berjaya menarik perhatian peserta dari seluruh dunia dan media antarabangsa.

Liga pertana telah dilangsungkan di Amerika Syarikat pada tahun 2004 dengan dimenangi oleh Lee Rmmage. Permainan ini nampak mudah, tapi ia sebenarnya lebih kepada konflik, strategi dan psikologi.

Walaupun ahli sukan WRPS tidak memerlukan latihan fizikal berpanjangan dan disiplin pemakanan yang ketat, kebanyakan atlet profesional dalam liga ini memiliki susuk badan tegap dan sihat. Bunyinya mungkin agak kelakar tapi itulah realiti yang boleh dilihat dalam pertandingan.

Dan satu perkara yang pasti ialah kita rupanya berkongsi permainan yang sama dengan seluruh penduduk dunia.

Malah o-som yang selama ini dianggap hanya permainan masa zaman kanak-kanak sebenarnya warisan kuno.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon