Sunday, December 09, 2012

Peminat Meraung Adam AF Bertunang!


Gara-gara kerana salah faham mengenai status yang dimuat nak oleh pembantu peribadi Adam AF, peminat fanatiknya ada yang sampai menangis!


Sebenarnya status yang berbunyi ‘Tahniah di atas pertunangan kepada bos’ itu diajukan kepada majikan kepada kawan baiknya yang dipanggil bos.

Menjelaskan isu ini, Andy memberitahu yang dia tidak memanggil Adam dengan gelaran bos.

“Untuk pengetahuan semua, Adam masih belum bertunang. Dia pun masih solo.

“Ucapan selamat itu bukanlah ditujukan untuk Adam. Ia adalah untuk kawan saya.

“Bagaimapun, disebabkan status saya ini, ada segelintir peminat fanatik Adam menangis sebaik saja mendengar berita yang mendakwa Adam sudah bertunang,” katanya semalam.

Memberitahu mengenai status Adam, Andy menerangkan bahawa Adam masih lagi sedang mencari cinta.

“Setakat ini, Adam masih belum jumpa lagi wanita idaman,” katanya.

Perkembangan terbaru, Adam dikatakan akan membuka sebuah klinik perubatan Islam menjelang Januari 2013 di Damansara.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon