Sunday, December 09, 2012

Nelson Mandela Masuk Hospital


Nelson Mandela dimasukkan ke hospital di Pretoria pada Sabtu bagi menjalani satu pemeriksaan dan dikatakan ia dilakukan dengan baik, kata kerajaan Afrika Selatan.


Bekas presiden dan ikon anti dasar aparteid yang berusia 94 tahun itu dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan “bersesuaian dengan usianya”, kata pejabat Presiden Jacob Zuma.

Kerajaan menegaskan bahawa tiada tanda-tanda yang membimbangkan.

Jurucakap Zuma, Mac Maharaj memberitahu AFP bahawa pemeriksaan itu bukan sesuatu yang rutin, tetapi ia adalah ujian biasa bagi mereka yang lanjut usia.

Pegawai enggan untuk mengulas lanjut mengenai keadaan Mandela atau di mana hospital beliau dimasukkan bagi menjaga privasi beliau.

Tokoh negarawan yang dihormati itu tidak muncul di khalayak ramai sejak perlawanan akhir Piala Dunia Afrika Selatan pada tahun 2010.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon