Monday, December 10, 2012

Lukisan Raphael Transfiguration Karya Lukisan Paling Mahal


Lukisan oleh pelukis zaman Pembaharuan Itali, Raffaello Sanzio da Urbino atau lebih dikenali sebagai Raphael, dilelong pada harga AS$47.8 juta (RM146.8 juta) di London, kelmarin, sekali gus menjadi karya lukisan paling mahal terjual dalam acara lelongan.


Dalam majlis yang dianjurkan oleh firma lelongan Sotheby's itu, Head of an Apostle telah menerima empat bidaan sengit dan akhirnya menjadi milik seorang pembida melalui telefon.

"Sejumlah pengumpul lukisan terkemuka dunia telah berhimpun semalam sebagai menghargai kebijaksanaan Raphael.

"Kecantikan dan keunikan lukisan tersebut sangat luar biasa," kata Ketua Antarabangsa bagi Lukisan Old Master di Sotheby's, Gregory Rubinstein.

Lukisan yang dihasilkan menggunakan kapur hitam itu, merupakan satu daripada karya penting Raphael semasa zaman Pembaharuan selain lukisan terakhirnya yang bertajuk Transfiguration.

Head of an Apostle turut digantungkan di dinding semasa mayat Raphael dibaringkan di studionya selepas pelukis terkenal itu meninggal dunia di Rom, pada tahun 1520 ketika berusia 37 tahun.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon