Thursday, December 27, 2012

Google Beli Bufferbox Bakal Saingi Amazon.com


Google disahkan telah membeli Bufferbox, sebuah laman web untuk membeli-belah di atas talian, seperti Amazon.com, dengan harga USD 17 juta. Bufferbox yang diasaskan di Waterloo, Canada kini telah 2 tahun beroperasi.


Tindakan Google ini dilihat memberi ancaman besar kepada Amazon.com yang kini memegang peratus paling besar dalam pasaran beli belah atas talian. Berbanding Amazon yang menghantar barangan terus ke rumah atau pejabat, Bufferbox turut menawarkan pilihan untuk menghantar barangan ke loker yang dinamakan “bufferbox” membolehkan pelanggan mengambil barangan mengambil barangan mereka bila-bila masa.

Tahun ini, Google dilihat cuba menguasai internet melalui berbagai pasaran. Baru-baru ini, Google membenarkan pengguna menghantar e-mail attachment sebesar 5GB melalui fungsi Google Drive yang dilihat cuba menggugat kedudukan Dropbox.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon