Thursday, December 06, 2012

DJ Radio Menyamar Sebagai Ratu Elizabeth Cetus Kemarahan


Deejay sebuah stesen radio di Australia yang menipu jururawat yang merawat Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang hamil dengan menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles.

Mel (kiri) dan Christian menipu pihak hospital untuk 
bercakap dengan jururawat yang merawat Kate.

Mel Greig dan Michael Christian mencetuskan kemarahan kepada keluarga diraja selepas berjaya memperdaya jururawat yang merawat Kate agar mendedahkan maklumat lanjut mengenai rawatan diterima Kate. Mereka terkejut apabila disambungkan terus kepada jururawat yang merawat Kate selepas menghubungi Hospital Raja Edward VII. Jururawat itu menjaga Duchess of Cambridge selepas mengalami mabuk kehamilan yang kronik.

Jururawat itu memberikan maklumat terperinci mengenai keadaan Kate.

Hospital berkenaan semalam mengesahkan panggilan daripada Mel dan Christian yang muncul dalam stesen radio Australia, 2Day FM adalah benar. Pihak hospital berkata, mereka akan mengkaji semula prosedur panggilan telefon dan mengkritik insiden itu sebagai “panggilan palsu bodoh yang amat dikesali”.

Jurucakap hospital berkata: Kakitangan Hospital Raja Edward VII, Sister Agnes mengesahkan bahawa stesen radio Australia membuat panggilan palsu kepada pihak hospital pada awal pagi kelmarin.

“Panggilan itu dipindahkan ke wad dan perbualan ringkas berlangsung dengan seorang daripada jururawat bertugas. Hospital ini benar-benar menyesali insiden itu,” katanya.

Ketua Eksekutif hospital itu, John Lofthouse berkata: “Ini adalah panggilan palsu bodoh yang amat kami sesali.

“Kami sangat mengambil berat dengan privasi pesakit dan kami kini sedang mengkaji semula protokol panggilan telefon yang diterima,” katanya.

Panggilan itu dibuat selepas Putera William beredar setelah menemani isterinya selama enam jam dengan berjaga malam.

Keadaan Kate dikatakan semakin bertambah baik tetapi akan terus menerima rawatan selama beberapa hari lagi.

-TS

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon