Tuesday, December 18, 2012

Bukti Kelly Clarkson Bukan Lesbian!


Sudah bertahun-tahun Kelly Clarkson dianggap lesbian oleh segelintir pihak, namun tanggapan itu ternyata salah apabila dia mengumumkan telah pun bertunang dengan kekasihnya, Brandon Blackstock.

Kelly Clarkson dan Brandon Blackstock.

Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi berusia 30 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Brandon yang juga pengurus peribadinya itu selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta.

"Saya dah bertunang! Saya ingin semua orang tahu ia benar-benar perkara yang paling membahagiakan.

Cincin pertunangan Kelly Clarkson.

"Saya beruntung ditemukan seorang lelaki paling hebat," katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Bukan sekadar mengumumkan pertunangannya, pelantun lagu Because Of You itu mempamerkan cincin bertatahkan berlian di jarinya.

Pasangan rasmi bertunangan pada Jumaat lalu.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon