Thursday, December 06, 2012

Brat Pitt dan Angelina Jolie Akan Bersara Dari Dunia Lakonan?


Pasangan selebriti antarabangsa, Angelina Jolie dan Brat Pitt sememangnya amat terkenal dengan sifat yang sukakan kanak-kanak.


Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kini mereka mempunyai 3 orang anak kandung dan dalam waktu yang sama mempunyai 3 orang lagi anak angkat yang diambil dari tiga negara yang berbeza.

Anak-anaknya itu diberi nama Maddox, 11, Pax, 9, Zahara, 7, Shiloh, 6, dan pasangan kembar yang masing-masing berumur 4 tahun, Knox dan Vivienne.

Walaupun mempunyai jumlah anak yang ramai, namun mereka dapat menguruskannya dengan baik sekali.

Namun, menerusi laman web Channel 24, Angelina, 37, semalam ada menyuarakan hasrat yang dia mungkin akan bersara dari dunia lakonan.

Keputusan itu dibuatnya memandangkan anak-anaknya itu semakin meningkat remaja.

Angelina mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada enam orang anaknya itu.

Manakala, Brat Pitt, 48, turut pernah memberitahu akan berhenti berlakon apabila usianya mencecah 50 tahun.

Nampaknya jika kedua-dua pelakon filem Mr & Mrs Smith ini bersara, apa agaknya yang akan dilakukan mereka.

Semestinya mereka ada sesuatu yang lebih besar untuk dibuat memandangkan mereka mempunyai keluarga yang besar.

Kita nantikan saja…

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon