Thursday, December 27, 2012

Anak Babi Jadi Hadiah Pemenang Lumba Basikal


Berita yang benar-benar mengejutkan, seorang pelumba basikal inggeris yang menjadi juara perlumbaan tersebut telah menerima trofi berupa seekor anak babi. Inilah hadiah paling lawak pernah saya lihat dan hal ini pasti heboh ke merata dunia.


Lelaki tersebut Chris Bartlett (26), yang berasal dari Ipswich telah memutuskan untuk mengikuti perlumbaan basikal di Overa Huercal sebagai jadual latihan musim dingin. Beliau tanpa mengetahui tentang hadiah yang bakal diperolehi terus mengikuti perlumbaan tersebut dan sekali gus menjadi juara.

Bartlett terkejut setelah mendapat hadiah trofi anak babi. Dia berkata "apa yang harus dilakukan dengan babi itu" "Makanlah". Anak babi itu diberikan kepada pemenang sebagai rahmat untuk jamuan malam natal. Namun, dia berhasrat untuk menyimpan anak babi yang dimenanginya itu sebagai maskot kejayaan.

Babi itu diberi nama Lucky Rapha dan menyerahkan kepada pelatih atlet, Ollie Watts, untuk menjaganya.

Kini anak babi itu sangat terkenal dikalangan atlet disana, malah setiap pagi mereka menyentuh anak babi tersebut untuk memperoleh keberuntungan.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon