Saturday, December 15, 2012

20 Kanak-kanak Dan 6 Guru Di Bunuh Dengan Kejam!


Seorang remaja lelaki menembak mati 20 kanak-kanak dan enam guru selepas menceroboh masuk ke sebuah sekolah di bandar Connecticut, awal pagi tadi dengan menggunakan dua senjata api canggih.


Angka kematian itu adalah yang kedua terbesar membabitkan penggunaan senjata api yang terbaru di Amerika Syarikat.

Jurucakap Polis Connecticut, Lt Paul Vance, berkata daripada jumlah itu, 18 kanak-kanak ditembak mati di dalam sekolah Sandy Hook Elementary dan dua lagi meninggal dunia di hospital.

Enam dewasa ditembak di sekolah itu sebelum penembak terbabit turut terbunuh sama ada menembak diri sendiri atau terkena tembakan polis.

Media AS melaporkan, pengetua sekolah terbabit adalah antara yang terbunuh.

Beberapa jam selepas kejadian itu, polis masih kabur mengenai motif pembunuhan yang berlaku di Newtown, sebuah pekan kecil di timur laut New York itu.

Gebenor Connecticut, Dan Malloy hanya berkata: “Syaitan melawat komuniti itu hari ini.”

Vance berkata, kebanyakan yang ditembak bermula jam 9 pagi yang di bahagian pertama sekolah itu membabitkan dua bilik darjah.

Beliau berkata, siasatan mendapati penembak mudah melakukan tembakan kerana ketika itu kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 10 tahun, terperangkap di dalam bilik.

Stesen televisyen NBC melaporkan, penembak yang terbunuh itu dikenali sebagai Adam Lanza yang berusia 20 tahun.

Media lain melaporkan, pembunuh mungkin menembak mati ibunya terlebih dulu sebelum memandu ke sekolah berkenaan.

–AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon