Monday, December 10, 2012

13 Mayat Di Kerat Milik Anggota Kartel Dadah Gulf


Polis menemui 13 mayat yang dikerat dalam dua kenderaan di dua bandar berasingan di negeri sempadan, Tamaulipas di utara negara ini, kata pihak berkuasa.


Polis menemui mayat dua wanita dan tiga lelaki yang dikerat dalam trak kerepek kentang yang ditinggalkan di parkir sebuah pasar raya di bandar El Mante. Polis turut menemui mesej ancaman yang didakwa ditandatangani kumpulan kartel dadah pada mayat berkenaan. Sejam kemudian, polis menemui lapan lagi mayat di bandar Soto la Marina dengan mesej sama yang mendakwa mangsa adalah anggota kumpulan kartel dadah Gulf.

Tamaulipas terkenal sebagai zon perang ekoran insiden tembakan dan pembunuhan secara besar-besaran yang sering tercetus antara kumpulan kartel dadah Zetas dan Gulf.

Sementara itu, di negeri Coahuila, polis menemui mayat empat lelaki yang digantung dari jejantas di lebuh raya di bandar Saltillo.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon