Sunday, November 11, 2012

Youtube! Kecacatan Seorang Gadis Tidak Jadi Penghalang


Tuhan menciptakan setiap manusia itu dengan sifat-sifat yang tertentu.


Setiap ciptaan itu penuh dengan keajaiban dan hikmah yang manusia sendiri tidak ketahui.

Seperti seorang gadis, yang menamakan dirinya sebagai Tisha Unarmed, 25, dilahirkan tanpa tangan dan kaki kanannya lebih pendek dari kaki kirinya.

Walaupun dia tidak mempunyai dua tangan, Tisha tidak pernah membataskan kehidupannya sebagai manusia yang cacat.

Sebaliknya, dia banyak melakukan aktiviti harian seperti manusia normal yang lain.

Termasuklah makan, mandi, memandu kereta dengan menggunakan kakinya, melukis dan sebagainya.

Untuk memberikan inspirasi kepada manusia lain yang cacat seperti dirinya, Tisha banyak memuat naik video kehidupan sehariannya di laman YouTube.

Tak percaya? Tonton video di bawah.



-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon