Wednesday, November 14, 2012

Wanita Nyaris Dinodai Teman Lelaki Sempat Lari


Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa pemuas nafsu teman lelakinya apabila sempat melarikan diri, dalam kejadian di rumah lelaki itu di Cheras, di sini.

Gambar hiasan

Difahamkan, teman lelaki mangsa membawanya pulang ke rumah selepas memberi alasan ibunya sakit.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 7 malam Jumaat lalu, teman lelaki mangsa yang berusia 30-an menghubunginya memberitahu ibunya sakit dan mahu membawa mangsa menziarah.

“Mangsa bersetuju dan teman lelakinya menjemput mangsa di pejabat. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak terus ke rumah ibunya, sebaliknya membawa mangsa pulang ke rumahnya kerana mahu mandi terlebih dulu.

“Mangsa kemudian diajak masuk ke dalam rumah berkenaan namun mangsa menolak ajakan itu. Lelaki itu kemudian mula bertindak ganas apabila menarik tangan mangsa masuk, sebelum mengurung wanita itu dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang diperkosa dan dicederakan teman lelakinya itu bertindak melarikan diri tanpa disedari lelaki itu.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon